Tuesday, 16 September 2014

Kesantunan Berbahasa Masyarakat Melayu

1.0  KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
Terdapat pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh negara mengenai konsep kesantunan berbahasa.
            Budi bahasa merupakan gabungan daripada perkataan budi dan bahasa. Budi merupakan perlakuan yang baik manakala bahasa ialah pertuturan. Gabungan perkataan ini membambawa maksud percakapan yang baik yang membawa maksud yang sempurna dan menyenangkan, penuh dengan sifat-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun diiringi dengan akhlak yang mulia. Peribadi seseorang dapat dinilai menerusi bahasanya, kalau bahasanya santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya kalau bahasa yang digunakan itu kasar dan tidak menyenangkan, maka dia dikatakan kurang ajar. Kepentingan budi bahasa jelas terbukti melalui peribahasa tersebut :
                                                Yang kurik itu kundi,
                                                            Yang merah itu saga;
                                                Yang cantik itu budi,
                                                            Yang indah itu bahasa.
            Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), santun ialah halus budi bahasa dan atau budi pekerti, beradab atau sopan. Istlah kesantunan pula membawa maksud perihal ( sifat dsb ) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).
            Awang Sariyan (2007) mendefinisikan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradap, mamncarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman berbicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh susuatu masyarakt sehingga menjadi prasyarat dalam kehidupan bermasyarakat.
           Leech (1983:104) menyatakan bahawa kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau seterusnya berpendapat bahawa kesantunan bukan sekadar bermaksud berbaik-baik  sahaja tetapi yang penting adalah menjalinkan prinsip kerjasama dengan menghubungkannya dengan maksud dan kuasa. Hal ini melibatkan pemilihan strategi untuk mengelakkan konflik.
            Menurut dua orang tokoh bahasa yang terkenal, iaitu Brown dan Levinson (1987:62) mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar. Pada merekan, setiap orang mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan kehendak masyarakat sejagat. Sehubungan itu, penutur perlu mengurangkan ancaman muka pendengar dengan memilih strategi kesantunan.
            Held (1992:133) mendefinisikan kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara emprikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan yang melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar. Lakoff (1975:64) pula menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam suatu interaksi.
           Menurut Asmah Haji Omar (2000:88), kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Beliau menjelaskan bahawa penjagaan air muka dalam kalangan orang Melayu bukan setakat menjaga air muka sendiri malahan turut meliputi air muka keluarga dan masyarakat. Beliau juga telah membahagikan kesantunan kepada dua aspek, iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas merujuk kepada kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakatberhubung antara satau sama lain. Manakala kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain.
      Kesantunan berbahasa merupakan kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan(Amat Juhar Moain, 1992). Konsep kesantunan  berbahasa merupakan satu konsep yang berkait rapat dengan aspek bersopan santun dalam berbahasa terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang lain, menyampaikan mesej kepada audiens dan berinteraksi dengan seseorang. Kesantunan berbahasa merangkumi aspek pemilihan kata, nada, gerak laku dan gaya.


2.0  JENIS DAN BENTUK KESANTUNAN BERBAHASA
Jenis dan bentuk kesantunan berbahasa terdiri daripada kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal.
2.1  KESANTUNAN BERBAHASA DARI ASPEK VERBAL
Kesantunan berbahasa dari aspek verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan, pertuturan atau percakapan. Contohnya dapat dilihat melalui media massa seperti radio, televisyen, internet, pengucapan awam dan ceramah seminar serta ucapan. Kesemua komunikasi ini memerlukan penggunaan bahasa yang sopan. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus termasuklah bahasa istana.
            Semasa berkomunikasi, komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi dan sintaksis digunakan. Fenotik dan fonologi adalah berkaitan dengan penebutan dan bunyi-bunyi bahasa. Sintaksis merujuk kepada ayat-ayat yang digunakan secara betul. Morfologi pula berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata. Semantik adalah berkaitan dengan makna kata atau ayat.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan ini penting bagi melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat Melayu. Misalnya, amalan bertanya khabar apabila bertemu dengan sahabat handai atau memberi salam ketika bertemu dengan orang yang lebih tua merupakan tanda hormat masyarakat melayu terhadap orang lain.
Aspek kesantunan berbahasa verbal yang perlu dititikberatkan adalah penggunaan bahasa yang halus. Mengikut Asmah Haji Omar (2000), bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
Orang Melayu amat memandang berat terhadap nilai berbahasa. Nilai terhadap bahasa menentukan jenisjenis bahasa seperti bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, dan bahasa biadab. Setiap kata ada nilainya. Sehubungan itu, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan keadaan, suasana serta golongan, dan peringkat yang berbeza (Amat Juhari, 2001 :286). Seseorang perlu memahami sebab ia berkata-kata, apa yang dikatakan, bagaimana mengatakannya, kepada siapa ia berkata dan semua ini bergantung kepada konteks pertuturan tersebut (Kramsch, 1998:26).

Dalam kesantunan berbahasa, masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Bahasa lisan atau bertulis haruslah digunakan dengan sopan santun suoaya tidak dianggap sebagai kurang ajar atau biadap. Sistem sapaan dan panggilan melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dang anti nama. Kesantunan ini bukan sahaja melibatkan penggunaan bahasa dalam pertuturan malahan juga dalam bentuk bertulis. Kesantunan berbahasa memiliki ciri-ciri tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Aspek kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu dapat dilihat seperti gambar dia atas.
2.1.1      penggunaan kata sapaan dan gelaran.
2.1.1.1  sistem panggilan dalam keluarga
GELARAN
HURAIAN
Pak cik
Digunakan untuk orang lelaki yang sebaya dengan ayah sendiri
Mak cik
Digunakan untuk orang perempuan yang sebaya dengan ibu sendiri
Tok
Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri
Abang
Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya
Kakak
Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua ibu sendiri dan juga tidak sebaya
Adik
Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri

2.1.1.2  gelaran pergaulan secara formal
GELARAN
HURAIAN
Tuan
Digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya dan orang lelaki yang bergelar Haji, Doktor, Profesor atau Syed
Encik
Digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
Puan
Digunakan untuk perempuan yang lebih tinggi pangkatnya
Saudara
Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang sebaya atau lebih muda dan hubungannya belum rapat atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya.
Saudari
Digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara
Tetuan
Hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman)

2.1.1.3  gelaran warisan
GELARAN
HURAIAN
 Raja (Perak,Selangor), Pangeran,Pangeran Anak, Pangeran Muda ( Brunei Darussalam), Tengku (Kelantan)
Digunakan untuk pemerintah tertinggi
Megat dan puteri (Perak), Abang (Sarawak), Datu (Sabah), Wan (Kelantan, Terengganu),Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (Kedah), Tun (Terengganu)
Digunakan untuk keturunan orang-orang besar
Syed dan Syarifah
Digunakan untuk waris keturunan Nabi Muhammad saw

2.1.1.4  gelaran kurniaan
Gelaran kurniaan adalah seperti Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk dan Datin Paduka. Selain itu, pendeta Za’ba merupakan gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Seterusnya, gelaran Bapa Kemerdekaan pula diberikan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

2.1.1.5  kata panggilan dalam majlis rasmi
ORANG YANG DISAPA
RUJUKAN HORMAT
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar
Yang Amat Berhormat
Hakim, Kadi
Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam
Sahibul Sumahah
Ketua Polis Negara
Yang Amat Setia
Ketua jabatan tanpa gelaran
Yang Berusaha

2.1.2      Penggunaan kata sesuai daripada Bahasa Arab
Penggunaan kata-kata bahasa Arab yang merupakan kata-kata dalam Al-Quran.
BAHASA BIASA
BAHASA BERSANTUN
Saya berpuas hati dengan usaha itu
Saya bersyukur dengan usaha itu
Saya berjanji akan membantu saudara
Saya berjanji akan membantu saudara. Insya-Allah
Mendiang Razif pasti gembira atas kejayaan anaknya
Allahyarham Razif pasti atas gembira kejayaan anaknya

2.1.3      Penggunaan kata ganti nama
Ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada diri seseorang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu, kata ganti nama diri pertama(merujuk kepada diri sendiri seperti saya, aku, kita hamba, patik dan beta), kata ganti nama diri kedua (merujuk kepada pendengar seperti anda, kamu, awak, tuan hamba) dan kata ganti nama diri yang ketiga(merujuk kepada orang yang dicakapkan seperti dia, mereka, beliau, nya)  
2.1.4      penggunaan kata dan ungkapan yang beratatasusila.
Selamat pagi dan terima kasih merupakan ungkapan yang bertatasusila.

2.2  KESANTUNAN BERBAHASA DARI ASPEK NON VERBAL
Kesantunan berbahasa dari aspek non verbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Kesantunan non verbal memerlukan peranan bahasa tubuh untuk menyampaikan sesuatu mesej tanpa menggunakan kata-kata. Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan adalah melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh. Aplikasi melalui bahasa tubuh ini dapat menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang.
Dalam konteks masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa dari aspek non verbal dapat dilihat melalui amalan kebudayaan masyarakat Melayu. Misalnya, masyarakat Melayu digalakkan mengutamakan penggunaan tangan kanan untuk melakukan sesuatu perkara yang dianggap mulia. Budaya ini perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kerana amalan tersebut merupakan sunnah Rasulullah saw. Asy Syaikh Abdurrahman As Sa’di rahimahullah berkata: “Jika kalian mentaati Rasulullah saw niscaya kalian akan mendapatkan petunjuk ke jalan yang lurus, baik ucapan mahupun perbuatan. Dan tidak ada jalan untuk mendapatkan hidayah melainkan dengan mentaatinya, dan tanpa (mentaatinya) tidak mungkin (akan mendapatkan hidayah) bahkan mustahil.” (Tafsir As Sa’di, hal. 521)
Tafsiran tersebut jelas menggambarkan bahawa orang yang mengikuti peribadi Rasulullah, maka dia akan sentiasa berada di landasan yang betul dan mendapat petunjuk daripada Allah. Dalam hal ini, masyarakat Melayu yang mengikuti sunnah Rasulullah secara tidak langsung akan sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan berbudi bahasa dalam menjalin hubungan sesama manusia. Contoh amalan penggunaan tangan kanan dalam kalangan masyarakat Melayu dapat dilihat daripada aspek cara pemakanan, iaitu makan menggunakan tangan kanan.
Selain itu, masyarakat Melayu juga dididik dan diajar supaya menggunakan anggota badan dengan cara yang sopan. Gerakan anggota badan perlu dijaga supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap respon yang diberikan. Hal ini demikian kerana gerakan badan juga mencerminkan peribadi seseorang.
Bangsa Melayu menggesa masyarakatnya agar tidak menunjukkan sesuatu dengan menggunakan jari telunjuk sebaliknya menggunakan ibu jari. Penggunaan ibu jari dianggap lebih sopan kerana isyarat ini tidak akan mewujudkan salah faham dalam komunikasi non verbal. Contohnya, sekiranya terdapat pelancong yang bertanyakan arah sesuatu jalan, masyarakat Melayu perlulah memberikan bantuan menunjukkan arah yang diminta dengan menggunakan ibu jari. Dengan ini, para pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar negara akan merasa lebih selesa dengan layanan mesra yang diberikan oleh orang Melayu di Malaysia. Kesopanan ini seterusnya akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pusat pelancongan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta kekayaan budi pekerti masyarakatnya.
Di samping itu, masyarakat melayu juga mengamalkan kebudayaan membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua daripadanya. Budaya ini melambangkan penghormatan orang muda terhadap orang yang lebih tua. Kebudayaan ini merupakan amalan yang diwarisi secara turun-temurun daripada zaman nenek moyang yang terdahulu. Namun, terdapat segelintir masyarakat Melayu pada masa kini yang kian melupakan amalan tersebut, bahkan ada juga segelintir masyarakat Melayu yang hanya lalu di hadapan orang tua tanpa menunjukkan rasa hormat dan senyuman. Kelunturan amalan kebudayaan masyarakat melayu dipercayai berpunca daripada pengaruh budaya Barat yang mencemarkan pemikiran generasi muda.
Cara pemakaian masyarakat Melayu juga merupakan lambang kesopanan masyarakat Melayu. Kesantunan ini dapat dilihat daripada cara pemakaian orang Melayu yang mementingkan penjagaan aurat. Pakaian tradisional orang Melayu adalah baju melayu dan baju kurung.  Baju Melayu ialah sejenis kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang dan digandingkan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang. pakaian Melayu terdiri daripada dua jenis, iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Manakala baju kurung pula ialah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut yang dipadankan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung boleh digandingkan dengan songket atau batik.


iklan budi bahasa boleh didapati di halaman berikut: 

4 comments: