1.0 KONSEP
KESANTUNAN BERBAHASA
Terdapat pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh
tokoh-tokoh negara mengenai konsep kesantunan berbahasa.
Budi
bahasa merupakan gabungan daripada perkataan budi dan bahasa. Budi merupakan
perlakuan yang baik manakala bahasa ialah pertuturan. Gabungan perkataan ini
membambawa maksud percakapan yang baik yang membawa maksud yang sempurna dan menyenangkan,
penuh dengan sifat-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun diiringi
dengan akhlak yang mulia. Peribadi seseorang dapat dinilai menerusi bahasanya,
kalau bahasanya santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya
kalau bahasa yang digunakan itu kasar dan tidak menyenangkan, maka dia
dikatakan kurang ajar. Kepentingan budi bahasa jelas terbukti melalui
peribahasa tersebut :
Yang
kurik itu kundi,
Yang
merah itu saga;
Yang
cantik itu budi,
Yang
indah itu bahasa.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (2005), santun ialah halus budi bahasa dan atau budi pekerti, beradab
atau sopan. Istlah kesantunan pula membawa maksud perihal ( sifat dsb ) santun,
kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).
Awang Sariyan
(2007) mendefinisikan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradap, mamncarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman berbicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang
ditetapkan dan disepakati bersama oleh susuatu masyarakt sehingga menjadi
prasyarat dalam kehidupan bermasyarakat.
Leech
(1983:104) menyatakan bahawa kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan
mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau
seterusnya berpendapat bahawa kesantunan bukan sekadar bermaksud
berbaik-baik sahaja tetapi yang penting
adalah menjalinkan prinsip kerjasama dengan menghubungkannya dengan maksud dan
kuasa. Hal ini melibatkan pemilihan strategi untuk mengelakkan konflik.
Menurut
dua orang tokoh bahasa yang terkenal, iaitu Brown dan Levinson (1987:62)
mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka
(TAM) kepada pendengar. Pada merekan, setiap orang mempunyai kehendak muka yang
terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan
kehendak masyarakat sejagat. Sehubungan itu, penutur perlu mengurangkan ancaman
muka pendengar dengan memilih strategi kesantunan.
Held
(1992:133) mendefinisikan kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh
dikaji secara emprikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan yang
melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar. Lakoff (1975:64)
pula menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan
pergeseran dalam suatu interaksi.
Menurut
Asmah Haji Omar (2000:88), kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa
sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung
daripada pihak pendengar. Beliau menjelaskan bahawa penjagaan air muka dalam
kalangan orang Melayu bukan setakat menjaga air muka sendiri malahan turut
meliputi air muka keluarga dan masyarakat. Beliau juga telah membahagikan
kesantunan kepada dua aspek, iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala.
Kesantunan asas merujuk kepada kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi
masyarakatberhubung antara satau sama lain. Manakala kesantunan berkala pula
merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh
masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain.
Kesantunan berbahasa
merupakan kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi
sama ada melalui lisan atau tulisan(Amat Juhar Moain, 1992). Konsep
kesantunan berbahasa merupakan satu
konsep yang berkait rapat dengan aspek bersopan santun dalam berbahasa
terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang lain, menyampaikan mesej kepada
audiens dan berinteraksi dengan seseorang. Kesantunan berbahasa merangkumi
aspek pemilihan kata, nada, gerak laku dan gaya.
2.0 JENIS
DAN BENTUK KESANTUNAN BERBAHASA
Jenis dan bentuk kesantunan berbahasa terdiri daripada
kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal.
2.1 KESANTUNAN
BERBAHASA DARI ASPEK VERBAL
Kesantunan berbahasa dari
aspek verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan, pertuturan
atau percakapan. Contohnya dapat dilihat melalui media massa seperti radio,
televisyen, internet, pengucapan awam dan ceramah seminar serta ucapan. Kesemua
komunikasi ini memerlukan penggunaan bahasa yang sopan. Kesantunan berbahasa
juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus termasuklah bahasa istana.
Semasa berkomunikasi, komponen-komponen bahasa seperti
fonetik dan fonologi, semantik, morfologi dan sintaksis digunakan. Fenotik dan
fonologi adalah berkaitan dengan penebutan dan bunyi-bunyi bahasa. Sintaksis
merujuk kepada ayat-ayat yang digunakan secara betul. Morfologi pula berkaitan
dengan struktur, bentuk dan golongan kata. Semantik adalah berkaitan dengan
makna kata atau ayat.
Dalam
masyarakat Melayu, kesantunan ini penting bagi melambangkan kehalusan budi,
kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat Melayu. Misalnya, amalan
bertanya khabar apabila bertemu dengan sahabat handai atau memberi salam ketika
bertemu dengan orang yang lebih tua merupakan tanda hormat masyarakat melayu
terhadap orang lain.
Aspek
kesantunan berbahasa verbal yang perlu dititikberatkan adalah penggunaan bahasa
yang halus. Mengikut Asmah Haji Omar (2000), bahasa halus disamakan dengan
pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
Orang
Melayu amat memandang berat terhadap nilai berbahasa. Nilai terhadap bahasa
menentukan jenisjenis bahasa seperti bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar,
dan bahasa biadab. Setiap kata ada nilainya. Sehubungan itu, penggunaan bahasa
perlu disesuaikan dengan keadaan, suasana serta golongan, dan peringkat yang
berbeza (Amat Juhari, 2001 :286). Seseorang perlu memahami sebab ia
berkata-kata, apa yang dikatakan, bagaimana mengatakannya, kepada siapa ia
berkata dan semua ini bergantung kepada
konteks pertuturan tersebut (Kramsch, 1998:26).
Dalam
kesantunan berbahasa, masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan
yang tersendiri. Bahasa lisan atau bertulis haruslah digunakan dengan sopan
santun suoaya tidak dianggap sebagai kurang ajar atau biadap. Sistem sapaan dan
panggilan melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dang anti nama.
Kesantunan ini bukan sahaja melibatkan penggunaan bahasa dalam pertuturan
malahan juga dalam bentuk bertulis. Kesantunan berbahasa memiliki ciri-ciri
tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar
sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Aspek kesantunan
berbahasa dalam masyarakat Melayu dapat dilihat seperti gambar dia atas.
2.1.1
penggunaan kata sapaan dan
gelaran.
2.1.1.1 sistem panggilan dalam
keluarga
GELARAN
|
HURAIAN
|
Pak
cik
|
Digunakan
untuk orang lelaki yang sebaya dengan ayah sendiri
|
Mak
cik
|
Digunakan
untuk orang perempuan yang sebaya dengan ibu sendiri
|
Tok
|
Digunakan
untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau
nenek sendiri
|
Abang
|
Digunakan
untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya
|
Kakak
|
Digunakan
untuk orang perempuan yang tidak setua ibu sendiri dan juga tidak sebaya
|
Adik
|
Digunakan
untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri
|
2.1.1.2
gelaran
pergaulan secara formal
GELARAN
|
HURAIAN
|
Tuan
|
Digunakan
untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya dan orang lelaki yang bergelar
Haji, Doktor, Profesor atau Syed
|
Encik
|
Digunakan
untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
|
Puan
|
Digunakan
untuk perempuan yang lebih tinggi pangkatnya
|
Saudara
|
Digunakan
untuk orang lelaki atau perempuan yang sebaya atau lebih muda dan hubungannya
belum rapat atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,
perbahasan dan sebagainya.
|
Saudari
|
Digunakan
untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran
saudara
|
Tetuan
|
Hanya
digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir
syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman)
|
2.1.1.3
gelaran
warisan
GELARAN
|
HURAIAN
|
Raja (Perak,Selangor), Pangeran,Pangeran
Anak, Pangeran Muda ( Brunei Darussalam), Tengku (Kelantan)
|
Digunakan
untuk pemerintah tertinggi
|
Megat
dan puteri (Perak), Abang (Sarawak), Datu (Sabah), Wan (Kelantan,
Terengganu),Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (Kedah), Tun
(Terengganu)
|
Digunakan
untuk keturunan orang-orang besar
|
Syed
dan Syarifah
|
Digunakan
untuk waris keturunan Nabi Muhammad saw
|
2.1.1.4 gelaran kurniaan
Gelaran kurniaan adalah seperti Tun, Toh Puan, Puan Sri,
Datuk dan Datin Paduka. Selain itu, pendeta Za’ba merupakan gelaran kurniaan
yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Seterusnya, gelaran Bapa Kemerdekaan pula diberikan kepada Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
2.1.1.5
kata
panggilan dalam majlis rasmi
ORANG
YANG DISAPA
|
RUJUKAN
HORMAT
|
Yang
di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
|
Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
|
Sultan,
Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
|
Duli Yang
Maha Mulia
|
Perdana
Menteri,Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar
|
Yang Amat
Berhormat
|
Hakim,
Kadi
|
Yang Arif
|
Mufti dan
pemimpin Islam
|
Sahibul
Sumahah
|
Ketua Polis
Negara
|
Yang Amat
Setia
|
Ketua jabatan
tanpa gelaran
|
Yang Berusaha
|
2.1.2
Penggunaan kata sesuai
daripada Bahasa Arab
Penggunaan kata-kata bahasa Arab yang merupakan kata-kata
dalam Al-Quran.
BAHASA
BIASA
|
BAHASA
BERSANTUN
|
Saya berpuas
hati dengan usaha itu
|
Saya
bersyukur dengan usaha itu
|
Saya berjanji
akan membantu saudara
|
Saya berjanji
akan membantu saudara. Insya-Allah
|
Mendiang
Razif pasti gembira atas kejayaan anaknya
|
Allahyarham
Razif pasti atas gembira kejayaan anaknya
|
2.1.3 Penggunaan
kata ganti nama
Ganti nama diri ialah
perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada diri seseorang. Kata ganti nama
diri terbahagi kepada tiga iaitu, kata ganti nama diri pertama(merujuk kepada
diri sendiri seperti saya, aku, kita hamba, patik dan beta), kata ganti nama
diri kedua (merujuk kepada pendengar seperti anda, kamu, awak, tuan hamba) dan
kata ganti nama diri yang ketiga(merujuk kepada orang yang dicakapkan seperti
dia, mereka, beliau, nya)
2.1.4
penggunaan kata dan
ungkapan yang beratatasusila.
Selamat pagi dan terima kasih merupakan ungkapan yang
bertatasusila.
2.2 KESANTUNAN
BERBAHASA DARI ASPEK NON VERBAL
Kesantunan berbahasa dari
aspek non verbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa
lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Kesantunan non verbal
memerlukan peranan bahasa tubuh untuk menyampaikan sesuatu mesej tanpa
menggunakan kata-kata. Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan
idea di mana mesej yang disampaikan adalah melalui isyarat, ekspresi wajah,
pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh. Aplikasi melalui bahasa tubuh ini
dapat menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang.
Dalam konteks
masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa dari aspek non verbal dapat dilihat
melalui amalan kebudayaan masyarakat Melayu. Misalnya, masyarakat Melayu
digalakkan mengutamakan penggunaan tangan kanan untuk melakukan sesuatu perkara
yang dianggap mulia. Budaya ini perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kerana
amalan tersebut merupakan sunnah Rasulullah saw. Asy Syaikh Abdurrahman As Sa’di rahimahullah berkata:
“Jika kalian mentaati Rasulullah saw niscaya kalian akan mendapatkan petunjuk
ke jalan yang lurus, baik ucapan mahupun perbuatan. Dan tidak ada jalan untuk
mendapatkan hidayah melainkan dengan mentaatinya, dan tanpa (mentaatinya) tidak
mungkin (akan mendapatkan hidayah) bahkan mustahil.” (Tafsir As Sa’di, hal.
521)
Tafsiran tersebut jelas menggambarkan bahawa orang
yang mengikuti peribadi Rasulullah, maka dia akan sentiasa berada di landasan
yang betul dan mendapat petunjuk daripada Allah. Dalam hal ini, masyarakat
Melayu yang mengikuti sunnah Rasulullah secara tidak langsung akan sentiasa
mengamalkan akhlak mulia dan berbudi bahasa dalam menjalin hubungan sesama
manusia. Contoh amalan penggunaan tangan kanan dalam kalangan masyarakat Melayu
dapat dilihat daripada aspek cara pemakanan, iaitu makan menggunakan tangan
kanan.
Selain itu,
masyarakat Melayu juga dididik dan diajar supaya menggunakan anggota badan
dengan cara yang sopan. Gerakan anggota badan perlu dijaga supaya tidak
menimbulkan sebarang spekulasi terhadap respon yang diberikan. Hal ini demikian
kerana gerakan badan juga mencerminkan peribadi seseorang.
Bangsa Melayu
menggesa masyarakatnya agar tidak menunjukkan sesuatu dengan menggunakan jari
telunjuk sebaliknya menggunakan ibu jari. Penggunaan ibu jari dianggap lebih
sopan kerana isyarat ini tidak akan mewujudkan salah faham dalam komunikasi non
verbal. Contohnya, sekiranya terdapat pelancong yang bertanyakan arah sesuatu
jalan, masyarakat Melayu perlulah memberikan bantuan menunjukkan arah yang
diminta dengan menggunakan ibu jari. Dengan ini, para pelancong sama ada dari
dalam negara mahupun luar negara akan merasa lebih selesa dengan layanan mesra
yang diberikan oleh orang Melayu di Malaysia. Kesopanan ini seterusnya akan
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pusat pelancongan yang terkenal
dengan keindahan alam semula jadi serta kekayaan budi pekerti masyarakatnya.
Di samping itu,
masyarakat melayu juga mengamalkan kebudayaan membongkokkan badan apabila lalu
di hadapan orang yang lebih tua daripadanya. Budaya ini melambangkan
penghormatan orang muda terhadap orang yang lebih tua. Kebudayaan ini merupakan
amalan yang diwarisi secara turun-temurun daripada zaman nenek moyang yang
terdahulu. Namun, terdapat segelintir masyarakat Melayu pada masa kini yang
kian melupakan amalan tersebut, bahkan ada juga segelintir masyarakat Melayu
yang hanya lalu di hadapan orang tua tanpa menunjukkan rasa hormat dan
senyuman. Kelunturan amalan kebudayaan masyarakat melayu dipercayai berpunca
daripada pengaruh budaya Barat yang mencemarkan pemikiran generasi muda.
Cara pemakaian masyarakat
Melayu juga merupakan lambang kesopanan masyarakat Melayu. Kesantunan ini dapat
dilihat daripada cara pemakaian orang Melayu yang mementingkan penjagaan aurat.
Pakaian tradisional orang Melayu adalah baju melayu dan baju kurung. Baju Melayu ialah sejenis kemeja longgar yang
dipakai dengan seluar panjang dan digandingkan dengan kain samping yang diikat
di bahagian pinggang. pakaian Melayu terdiri daripada dua jenis, iaitu Baju
Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Manakala baju kurung pula ialah sejenis
baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut yang dipadankan kain
panjang yang berlipat tepi. Baju kurung boleh digandingkan dengan songket atau
batik.
iklan budi bahasa boleh didapati di halaman berikut:
tq krna bagi info
ReplyDeletemohon untuk amik sebagai rujukan ya.. tq
ReplyDeleteokayyy hahaha
ReplyDeleteRujukn kps sy ..tq
ReplyDelete