ADAT PERKAHWINAN
1. Merisik
- keluarga pihak
lelaki datang ke rumah pihak perempuan. Tujuannya adalah untuk mengetahui sama
ada gadis itu sudah berpunya ataupun belum.jika sudah ada persetujuan, barulah
tarikh peminangan ditetapkan.
2. Meminang - tugas meminang biasanya dilakukan
oleh wakil kedua-dua belah pihak. Semasa meminang, tarikh menghantar tanda
ditetapkan. Perkara yang dibincangkan termasuklah hantaran belanja, persalinan
dan tempoh bertunang.
3. Menghantar
tanda - sebentuk
cincin dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangnya.
Kebiasaannya diiringi dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh
perkahwinan dibincangkan.
4. Akad
nikah - ijab Kabul
dijalankan dan diikuti dengan upacara membatalkan air sembahyang. Akad nikah
ini wajib dilakukan oleh wali pihak perempuan.
5. Persandingan - Pasangan
pengantin duduk di atas pelamin dan upacara tepung tawar diadakan. Sebelum majlis persandingan, pasangan pengantin turut akan berinai.
untuk melihat adat perkahwinan orang melayu, sila buka
ADAT KELAHIRAN
1. Sebelum Kelahiran
Ø
Melenggangkan
perut (krim perut) - Upacara ini dilakukan kepada
wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan
tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh
atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi
membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
2. Semasa Bersalin
Ø
Minum
air selusuh, iaitu air jampi atau air penawar yang bertujuan untuk menyenangkan
kelahiran.
Ø
Semasa
kelahiran bayi, daun mengkuang atau daun lain akan digantung di bawah rumah,
iaitu tempat betul-betul di bawah rumah ibu tersebut bersalin.
3. Selepas Melahirkan
Ø
Bayi
perempuan akan diiqamatkan manakala bayi lelaki akan diazankan oleh bapa bayi
berkenaan.
Ø
Uri
yang dilahirkan bersama-sama dengan bayi dibersihkan dan ditanam di tempat yang
sesuai mengikut cara tradisional, iaitu memasukkan uri ke dalam belanga kecil
dan ditambahkan dengan asam garam serta benda lain yang merupakan harapan ibu
bapa kelak.
Ø
Selepas
tujuh hari bayi dilahirkan, adat bercukur rambut dan memberi nama diadakan.
4. Berpantang Selama 44 Hari Selepas Melahirkan
Ø
Tidak
boleh memakan yang dianggap sejuk, panas, gatal dan pedas.
Ø
Dilarang
keluar rumah dan membuat kerja di rumah.
Ø
Hendaklah
sentiasa diurut, ditungku, memakai bengkung dan dimandikan dengan air bunga.
ADAT KEMATIAN
- · Jenazah lebih dimuliakan daripada jasadnya yang masih hidup.
- · Jenazah diletakkan di tempat yang lebih mudah diziarahi.
- · Jenazah ditutup dengan kain putih dari kepala hingga ke kaki
- · Ayat-ayat suci al-Quran, khususnya Yassin dibaca untuk disedekahkan kepada mayat.
- · Tetamu yang menziarahi jenazah tidak dihidangi makanan.
- · Kanak-kanak tidak digalakkan menziarahi jenazah kecuali saudara-mara saya yang dekat.jenazah perlu segera dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan.
- · Talqin, iaitu nasihat dan ingatan untuk si mati dibacakan selpas jenazah dikebumikan
No comments:
Post a Comment